Monday, May 31, 2010

Abah

Adik rindu abah sangat2. Adik memang anak derhaka.
Dulu, masa abah sihat, adik maki abah, sakitkat hati abah, buat abah mengamuk.
Adik menyesal sebab pernah benci abah.
Sekarang, abah sakit. adik menyesal sebab pernah buat abah menangis.

Dulu, adik conteng dinding rumah. marah kononnya dengan abah.
Abah pukul adik sebab tak pergi kelas taekwondo..
adik marah-marah mama..
Adik bengang dengan abah, abah punya kerja yang edit-edit video tu,
adik ubah 100%.. abah kene buat balik.. adik memang anak yang jahat..

Adik rindu nak jalan sama-sama abah pergi surau subuh-subuh.
Adik rindu nak naik motor dengan abah.
Adik rindu nak dengar abah marah adik.
Adik rindu nak peluk abah, nak dengar suara abah, nak tidur dengan abah.
Adik rindu nak pegang tangan abah.
Adik rindu nak makan pizza-hut dengan abah,
Abah selalu belikan adik buku dekat MPH.. abah suka belikan adik chocolate.
tu memang kegemaran kite due kan bah.. chocolate.. abah suka makan kit-kat dgn cadburry kan?


Sekarang, adik sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan abah yang dulu..

Adik teringat masa mama pergi kedah, abah kena teman adik tidur
sebab adik takut gelap. Masa tu hujan ribut petir semua ada.
Adik tidur sebelah abah, abah peluk adik kuat2..adik tertidur..

Adik rindu abah main piano pagi-pagi.. masa adik tidur.. sebenarnya adik marah
abah dalam hati, adik cakap abah memekak pagi-pagi buta.. padahal abah cume nak main
piano je.. adik memang anak dehaka,bah.
Macam2 lagi lah adik buat untuk pastikan abah bengang dengan adik.

Adik rindu tengok abah sembahyang pagi-pagi.
adik rindu sangat abah peluk adik masa adik tengah tidur.. abah borak dengan adik
masa adik tengah mamai lagi.. abah suruh adik cium pipi abah, peluk abah..
Adik rindu abah ajar adik baca tahiyyat akhir, doa qunut sume, sebab adik cepat lupa.

Ingat lagi, masa first time adik pergi sekolah rendah naik basikal.. masa tu darjah 6 ke 5 mcm tu ar.. abah ingat adik takut naik basikal, abah dengan moto bike besar abah tu, mengekor je adik
dari belakang. haha.. adik segan kut masa tu.. tapi tak apa. itu menunjukkan abah risau dengan sayangkan adik kan bah?

Masa pergi sekolah satu hari tu, abah batuk2 masa naik motor.. adik tepuk2 belakang abah.
Abah cakap dengan adik : sayang adik dekat abah ye.. adik cakap : mesti lah sayang, abah kan abah adik. Abah tanya: sayang macam mana yeh? adik cakap: sayang dari bulan saaampaii ke bintang. adik sayang abah.. tapi tu sume dulu punya cerita.

makin adik membesar, maakin kuat memberontak..

abah.. adik rindu sangat kat abah..

abah bawak adik pergi genting sebab UPSR adik dapat keputusan yang baik.
adik anak yang manja..
adik akan pastikan apa yang adik nak adik dapat. adik tak ada toleransi terhadap abah dengan mama. adik anak yang terlampau dimanjakan..

sekarang abah terlantar sakit,abah bernafas pun susah.
abah dapat kanser. kanser yang sangat teruk.
sekarang, hati abah membengkak. perut abah tetibe je jadi besar.
abah nak bercakap pun secara terpaksa susah sangat nak faham
.. abah cakap sepatah sepatah.
abah dah mula cakap yang bukan-bukan.. adik risau.. adik risau abah dah tak lama..

2 tahun ni, adik jarang dengan abah... adik kuat memberontak..
adik tak pernah tersangka yang abah akan dapat dugaan ni.
adik tak pernah tersangka yang abah akan jadi seteruk ni.
betul cakap orang tua2.. sesal kemudian pun tak guna..

maafkan adik abah..

No comments: